SINOPSIS KEMATIAN
Definasi kematian adalah bererti AJAL. Juga dikenali sebagai fana,
maut, meninggal dunia, mati atau mangkat. Ajal adalah penamat muktamad
bagi fungsi biologi yang mentakrifkan organisma kehidupan. Ia merujuk kepada
peristiwa tertentu dan kepada keadaan yang berterusan yang menyebabkannya.
Sifat semulajadi bagi ajal telah menjadi tumpuan utama bagi ugama
dunia tradisi dan falsafah. Ugama, tanpa pengecualian mengekalkan keyakinan
dalam samaada kehidupan selepas mati atau kelahiran semula. Sains semasa
menganggap kematian organisma sebagai muktamad menurut istilah. Kesan kematian
fizikal pada sebarang minda atau roh tanpa fizikal kekal soalan tanpa jawapan.
KEMATIAN adalah perkara yang pasti, tanpa mengenal bangsa, kedudukan
dan kekayaan, cuma ajal maut itu tidak diketahui bila waktunya hanya tuhan maha
mengetahui dan ia berlaku dengan pelbagai cara sama ada disebabkan menghadapi
sesuatu penyakit, kemalangan atau kematian mengejut.
Tiada siapa boleh melarikan diri daripada menghadapi kematian dan
mereka tidak mempunyai kuasa untuk mempercepat atau menangguhkan. Setiap
manusia perlu sentiasa bersiap sedia terutama dari segi amalan supaya kematian
disambut dalam keadaan yang bebas daripada sebarang dosa. Manusia yang
tenggelam dalam kemewahan duniawi, dikuasai hawa nafsu dan maksiat, mungkin
tidak begitu memikirkan mengenai kematian.
Bagaimanapun, bagi mereka yang sentiasa mengingati kematian, akan
lebih berwaspada menghadapi liku kehidupan dan berusaha menurut perintah Allah
serta meninggalkan segala larangannya.
Cara terbaik untuk mengingati kematian antaranya, perlu menziarahi
kubur kerana ia dapat membantu kita mengingatkan mengenai nasib yang sama
menghadapi kematian, menziarahi orang sakit serta menghadiri majlis
pengkebumian.
Mengingati kematian hanya sekadar meyakinkan ajal pasti tiba dan
perlu mempersiapkan diri menghadapinya, selain menimbulkan ketenangan jiwa
dengan kesulitan. Ini sekali gus memberi kesedaran kesenangan berbentuk duniawi
tidak kekal. Hanya kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Ini dapat menggerakkan
jiwanya untuk mempergunakan segala kesenangan di dunia demi mencapai
kebahagiaan di akhirat.
Rasulullah mengkategorikan insan yang sentiasa mengingatkan kematian
sebagai manusia paling bijaksana. Bagi menghadapi kematian itu, seseorang itu
perlu bertaubat kerana kehidupan kita tidak sunyi daripada melakukan perkara
yang menyalahi syariat Islam terutama kalangan mereka yang hanyut dengan
perbuatan maksiat. Keinginan bertaubat hanya akan terdetik apabila timbul
kesedaran perbuatan itu salah, boleh menghancurkan hidup, meragut kebahagiaan
di akhirat, membunuh jiwa serta punca regang hubungan dengan Allah.
Namun, bertaubat akan mudah dilakukan dengan menyedari kesalahan
dilakukan dan berazam untuk memperbaiki serta menjauhi perbuatan yang melanggar
syariat. Bagaimanapun, bagi memastikan taubat itu diterima, sewajarnya, mereka
menghentikan segala maksiat, menyesal atas perbuatan dilakukan dan berazam
bersungguh tidak mengulangi.
Apa yang pasti, amalan bertaubat itu akan dapat menyucikan diri
daripada dosa dan Allah mengasihi mereka, sikap segera bertaubat adalah
ciri-ciri orang orang berjaya, dapat menghindarkan diri menerima azab pedih di
dunia dan akhirat dan akan bebas dari sifat golongan orang yang zalim.

0 komentar: